Chue & Chor Junior

Lilypie Maternity tickers

Chue & Chor Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Monday, April 18, 2011

anak kucing kau kenapa?

 Canggung

Anak kucing kalau dari kecil dah dipisahkan dengan mak kucing dan diambil bela sampai sihat , cergas , semua terjaga.Di samping melalui hari-hari yang bahagia dalam hidup dia sebagai anak kucing yang manja dan disayang-sayang (berpuluh-puluh tahun lamannya)

 
  anak kucing dan teddy bear

Tiba-tiba..

Mak kucing interframe.

Mak kucing : "kenapa anak kucing  macam tidak suka aku".
Masyarakat kucing: "bertuah punya anak kau tu mak kucing oiii"
Mak kucing : "Dia tu anak aku kenapa dia buat macam tu?"
Masyarakat kucing : "dasar anak tak sedar diri buat penat kau beranak je"
Mak kucing : menangis-menangis
Masyarakat kucing : terharu.

                                     watak antagonis - macam ini

Situasi


Masyarakat kucing menunding jari kearah anak kucing sambil berkata:
A : "tergamak kau buat macam ni"
B  : " menangis-nangis mak kau depan aku

Anak kucing biarlah apa masyarakat nak mengata nak mengutuk kau. (tanggapan masyarakat melulu yang normal macam drama hindi "dengar sebelah pihak").

Situasi

Salah ke kalau anak kucing tu tiba-tiba tak kenal mak dia?rasa awkward dengan mak dia?so mak kucing pulak push-push dan berdrama air mata depan orang.lagi super dupper awkward anak kucing tu.So,biar benda tu datang naturally.Kononnya blood ties kan tak boleh cut into the pieces.


Nota Jemari : aku nak jadi breeder. kau mampu?

Thursday, April 14, 2011

Aku tak lupa vol 1

K.U.C.I.N.G aka C.A.T

Disini aku nak bercerita perasaan aku pada makhluk Tuhan yang paling comel ini.

Bermula dari waktu aku bersekolah rendah aku dah didekatkan dengan makhluk comel ini.Ciko dan Mancho adalah makhlok yang mula-mula sekali mengajar aku erti rasa bertanggungjawab , kasih sayang dan interaksi antara aku dan mereka.Ok! honestly,aku tak berapa bertanggungjawb sangat sebab kadang-kadang aku "malas" juga nak gaul ikan dgn nasi last-last kucing aku tepaksa mintak kat mak aku.

Ciko ni bentuk badanya agak panjang macam "Pink Panther" bulu berbelang dan bewarna coklat gelap.Si Mancho pula ada masalah obesiti dan berwarna kelabu.waktu ini aku masih belum pandai berinteraksi dengan mereka.Yang pasti setiap kali dapat susu UHT percuma disekolah aku akan simpan dan balik minum bersama-sama dengan mereka sesungguhnya mereka kesanyangan aku.

Seingat aku masa berumur 11 tahun keluarga kami akan berpindah ketempat baru.Ya! mereka juga turut serta.masih aku ingat aku dukung kedua-duanya sambil menaiki van.sesampainya dirumah baru aku kurung mereka kedalam toilet untuk memulakan proses pembelajaran.Alhamdullillah,makhluk Tuhan paling comel cepat sesuaikan diri dan cepat belajar.Si Mancho cara membuang najis dia seperti ini " 3 kaki di atas dan 1 kaki didalam mangkuk tandas dan selepas itu pelaburan bermula.Si Ciko biase je tetapkan target pada lubang hujung saluran di bilik dan melepas.

Waktu itu aku memulakan kehidupan ditempat baru dengan bahagia disamping kucing dan keluarga.

2007. aku memasuki alam sekolah menengah.Ciko dan Macho pun umur juga meningkat.dDipendekkan cerita, waktu pagi yang dingin Ciko terbaring diatas sofa dengan seluruh badan berlendir.Sumpah mengeletar 1 badan takut-takut dia mati.

aku sedih.

aku capai tuala dan bersihkan badan Ciko.Dia merenung aku.

aku syahdu.

Ciko macam nak cakap "Terima Kasih".

aku faham.

Sejak hari tu aku sentiasa perhatikan gerak-geri Ciko sebab Ciko jadi lumpuh.Waktu tu aku langsung tidak pernah terfikir akan kewujudan Veterinar.masa itu aku tak pandai nak "Google".masa itu rumah aku tak de komputer inikan pula internet.

aku buta IT.

Aku selalu bahasakan diri aku "Kakak".Waktu rehat disekolah aku akan cepat-cepat ke pondok telefon dan mak aku akan bagitau perkembangan Ciko.Mancho pun aku rasa dia sedih.Tiap-tiap hari aku talefon dan kadang-kadang aku tak jamah langsung makanan sebab aku serabut fikir pasal Ciko.

Dan, selepas itu Ciko hidup tak lama.

Dia pergi juga.

aku patah hati.

Mancho ada temankan aku.dan pagi itu kami tanam Ciko dibelakang rumah.Dengan harapan Ciko datang dalam mimpi aku.

 2009.Mak aku jadi tetamu kesayangan Tuhan.Tuhan jemput dia awal.tak sempat aku nak bermanja.

aku hilang arah.

Masa mak aku sakit,aku buat perkara yang sama.Tiap kali waktu rehat aku talefon tanya perkembangan mak aku sampai akhir hayat mak aku.Sebelum mak aku meninggal mak aku dengan nafas yang lemah pesan " ang belajaq rajin-rajin "Aku masa tu sedih sangat tapi nasib aku ada sumber kekuatan "Wan" dgn "Mancho".

Masa tu jadual hidup berubah sikit.Dulu balik sekolah mak masakan.Sekarang wan aku tapau kedai kadang-kadang wan aku masak.Kami bertiga tetap teruskan hidup.

Dan tak lama kemudian Mancho pun tinggalkan aku.Dia jatuh sakit badan jadi lemah.aku angkat dan letakkan dalam kotak pastu selimutkan Mancho.Makan dan minum pun mancho tak mampu.aku cari straw suapkan dia.masa tu aku tak tau mana nak cari botol susu untuk kucing.Aku tiap-tiap malam tidur lewat temankan Mancho sambil airmata bercucuran."Kenapa hidup aku tak ADIL".Dan pada suatu malam Mancho pergi juga.Aku tak menangis masa bagitau yang Mancho dah mati.Kami tanam Mancho dekat dengan Ciko.

Aku keras hati.tapi bila sunyi aku menangis.

(Google Image)
nota jemari : kadang-kadang kasih sayang makhuk Tuhan yang satu ni lebih mulia dari manusia.kau RASA?

Tuesday, April 12, 2011

Sunday, April 10, 2011

Aktiviti Hujung Minggu

 Sabtu lepas kami ke Teluk Batik tanpa hala tuju.

Ipoh sudah memberi pemandangan yang bosan kepada kami sejak akhir-akhir ini.Aktiviti wajib hujung minggu aku sebelum ini hanyalah di Gerbang Malam sambil menikmati jualan-jualan yang dah boleh ku hafal dan tak lupa juga kami akan singgah makan di restoran makanan yang sama iaitu Restoran Kak Ani atau Restoran Afnan.Satu lagi tempat popular kami adalah TESCO.Dahulu masa zaman naik motor boleh dikatakan tu tempat wajib di tuju walaupun  barang itu boleh dibeli di kedai berdekatan.

Sekarang, pantang start enjin kereta maka bermula sesi menjelajah kadang ke Taiping dan paling bosan ke Penang.Bercerita tentang Penang ada hajat aku yang belum tercapai.

Pertama : " Pasembur " yang macam aku makan 5  tahun lepas.Tapi pasembur tu diKedah.Masih wujud lagi ke?nanti aku pergi cari kau wahai Pasembur"

Kedua : "Bukit Bendera" kali terakhir pergi selepas majlis bersanding di Ipoh.Namun hampa  kerana Bukit Bendera sedang dibaik pulih.Dengan kata semangat pakcik guard disitu "Sila datang lagi minggu depan" wtf! masa aku tegak berdiri dan penat mencari parking hampir 15-30 minit baru die bagitau.

    Oh! nak melayan kehendak yang memang tanpa batasan sampai bila pun takkan habis.

 Ingatkan waktu "tengah-tengah bulan" tak ramai orang.Tapi ramai gila di hujung sana.

Ombak agak bervolume besar (teringat Japan tiba-tiba).
Senja makin hampir.

Waktu untuk pulang.

Nota Jemari : Pasang niat nak cuba Banana Boat tapi tak nak jatuh.


Thursday, April 7, 2011

Hey, don't forget to WISH

7 APRIL 2011
Today is my BIRTHDAY




Tuesday, April 5, 2011

Genap 1 Bulan

5 APRIL 2011

Hahaha, macam kira bulan mengandung pulak yeks.Oh ! baik lupekan aje masih belum ade rejekinya lagi yah.Aduyai, sebenar2nya aku lupa pulak tarikh nikah on "5 MARCH 2011" tarikh keramat jadi bini org (ke aku lupe aku ni bini org)haha kejam sgt kot.

Nota Jemari : Aku merancang nak buat candle light dinner minggu ni.Jadi aku harus masakla kan.nak masak ape tu belum pasti.