Chue & Chor Junior

Lilypie Maternity tickers

Chue & Chor Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, December 18, 2011

TTC for new cycle.

Hi,

Aku TTC lagi untuk cycle kali ni.Hampir 2bulan jgk tak period.hebatkan?hahaha.
So, aku tak berharap sangat TTC kali ni berjaya lagi tapi dalam hati berdoalah kan.Cuma kali ini aku tak bagitau hubby waktu-waktu Ovulation macam sebelum ni.Aku ikot pesan doc " jangan bagitau your hubby bila nak O just act like normal dan banyakan honeymoon kehkeh.So, aku pun dendiam ajelahh.

Paling kelakar sekarang ni kalau aku rasa malas-malas dia pulak kecoh cakap tak nak anak ke?hahaha rasa macam nak sekeh je kepala die lelaju.nampaknye hubby aku dah cuba sebaik mungkin dan bukan aku sorang je yang sibuk bekempen nak TTC hehe.Ape-ape pun kami redha kalau lambat Tuhan bagi zuriat itu hak DIA kan,Kami hanya berusaha tu je.

Yang paling penting jangan cepat STRESS kang hormon mulalah merajuk ewah-ewah.

Nota Jemariku : SENYUM tak perlu BERKATA apa-apa.

Wednesday, December 14, 2011

D.I.Y Hantaranku

Hi,

Setelah behempas pulas memerah otak mencari idea.dan sengal jari jemari aku neh asyik meng"google" diy hantaran kahwin dari blog-blog B2B.

Aku respect blogger-blogger neh.GILA rajin kot DIY bagai.sumpah aku rasa rugi masa kahwin dulu tak sempat nak DIY macam-macam.aku memang suka kerja-kerja craft ni.So, untuk meneruskan minat aku ni aku pun offerkan diri untuk DIY hantaran cousin aku.

Nasihat aku pada para B2B ni kalo korang suka DIY elok DIY jangan takut cantik ke tak,jadi ke tak yang penting tu hasil kerja korang dan bila benda yang korang DIY tu dah siap mesti korang rasa seronok gile kalo boleh hari-hari nak tengok benda yang korang DIY tu hahahahaha.....ade aku kesahhh kannn???

So, inilah hasil DIY hantaran untuk cousin aku.camnelah aku nak susun semua hantaran ni dalam kete agaknye huhu..lepas sampai ke kedah nanti nak DIY pelamin pulak hahahaha awal-awal dah rasa ngeri takot ntah pape jadi kat pelamin cousin aku tu kehkeh.


    Total semua ni RM100++ lah.Itu pun sebab beli bekas hantaran yang besi tu.kalo pakai yang buluh ke lagila jimatkan.Barang-barang gubah macam riben,bunga,wrapping paper,polisterin,pearl aku rasa dalam RM50 camtula rasanye.Kalo aku tak amek pearl,renda bagai lagila jimat uolls.Macam aku cakap kat cousin aku bertunang sekali je kan.so renung-renungkanla hahaha..

Nota Jemari : next DIY mini pelamin huahua.scary plak rasa~

2 weeks to go.

Yay!

nextweek last day kt office then trus balik Ipoh pagi-pagi esok gerak ke Kedah pulak.

aku tengah memikiorkan camne nak susun barang hantaran cousin aku yang semuanya 7 bekas hadoihh.

Ape-ape pun yang pasti semua keje di office harus dibereskan dan kemudian dapatla aku bercuti dengan sewenang-wenangnyeerrr ohhh heavenn!

This week balik Ipoh nak packing barang awal-awal so takdela kelang kabut minggu depan khennn!
Bestnyee, aku plan nak ke Langkawi dengan hubby lame tol tak kesana tapi time cuti sekolah pulak.... tu yang spoil sket mesti semua harga naik.Tengok je la nanti =)

Monday, December 5, 2011

Diy Hantaran.

Sekarang aku tengah syok nak deco hantaran walaupun aku ni bukan pandai pun tapi minat nak deco-deco bagai hehe.

Masa tunang aku diy sendiri tapi masa tu sumpah hodoh gila.Pastu diy 3 bekas hantaran masa nikah eloklah sikit dari bertunang aritu huhu.

Now,tolong housemate dan cousin diy untuk majlis bertunang dan nikah dorang bolehla cuma takde la segempak orang-orang yang tangan seni hehe.aku punye version hentam je.

   Diy hantaran nikah untuk housemate 

Diy hantaran untuk my cousin


Semua-semua ni belum 100% siap lagi.ntahla kadang nampak cantik kadang nampak hodoh haha.nasib korangla kalo tak cantik huhu. 

nota jemari : kalaulah dapat attend class gubah hantaran,pelamin direalisasikan sumpah aku suka gilaaa!!

Failed!

TTC Failed again.

Ok anggap bukan rejeki aku lagi.
Stay positif ( ^ ^,) !

Update : last period 23/09/2011 - 30/09/2011

Lepas tu period aku pergi bercuti sampai hujung bulan 11.

on that time.aku tak excited aku control emosi aku sebaik-baiknya.

Result : 26/11/2011 aku period masa tengah sibuk dok gubah hantaran for my cousin.

Alhamdulillah ko dah balik bercuti ye period.nasib aku tak teperasan sorang-sorang.tak nak kecewa occays!

Dan sekarang menunggu cycle terbaru yang aku tak tau bape panjang cycle terbaru aku ni.

Hopefully, this cycle back to normal and not 36day anymore.pls! hormon pls! be good to me!!.

Monday, October 17, 2011

My previous TTC story.

   Sebelum raya haritu aku cuba dengan penuh harapan untuk berjaya TTC masa tu.Kebetulan pula cuti raya seminggu lebih.So, lepas mengkaji waktu-waktu period sebelum ni dan ada juga bertanya dengan member-member forum ratuhati resultnye cycle aku 36 days ( very long cyecle kan) tapi aku masih bersyukur sebab period still datang setiap bulan berbanding before kahwin period agak tidak teratur.

  Bila dah confirm mensus punya cycle.aku pun guna kemudahan dalam web pregnology untuk kira waktu Ovulation day dan juga waktu yang sesuai untuk buat pregnancy test.Aku nekad untuk TTC bersungguh-sungguh dengan hubby.Semua detail aku terangkan dari A-Z huhu.Hubby aku "on" je.

  Mulanya aku nak guna OPK (Ovulation Prediction Kits) agak pricey kebetulan pulak masa tu all out shopping raya huhu so aku amek keputusan ikut ape yang web tu kira.Dalam forum cakap kalo nak senang tahu waktu subur kita check samaada ada "eggwhite" atau tak.Masaalahnya aku rasa tak pernah lagi jumpa "eggwhite" ni (down).

  Tarikh Ovulation aku tepat hari raya kedua.hadoihh! dahla letih beraya mane nak sempat nak "body dancing" khenn.tapi aku usaha gak +ve kan diri.Kebetulan masa tu juga time nak balik raya ke Kedah (dari Ipoh).

  Lepas je raya "2weekwaiting" aku dah get ready dengan harapan TTC ini berjaya.Aku elak makan pedas,masam,makan tak skip (akibat berat naik 2kg).Dengan penuh harapann.......

   Kebetulan pada tarikh aku patut period aku ada Training plak.Hari last training tu sepatutnya waktu period aku.Aku menanti dengan penuh sabar.Pagi tu aku check alhamdulillah tak period.Tengahari check tak period juga.Malam check dan pagi esoknya tak period.Perasaan aku masa tu tak tau nak cakap jadi ke tak aku TTC ni.Yelah, nak seronok sangat takut kecewa pulak.nak check kena tunguu 2 minggu delay period.Ok aku sabar dulu.

 Aku bagitau hubby dia cakap tunggu seminggu baru check.Walaupun nampak macam dia tak excited tapi rupa-rupanya dia lebih excited dari aku.Kami berangan macam-macam pasal baby.hmmmmm....!!

Aku ni dalam diam cari segala info pasal pregnancy untuk persediaan awal.hubby pun dah berangan tak payah cakapla.Tapi jauh dari hati aku rasa macam TTC ni tak berjaya.entahlaaa...Masuk 4 hari delays aku check (-VE ).Dan genap seminggu check still ( -VE).ye...aku kecewaa sangat-sangat.Check pun diam-diam tak hubby taruh harapan.

   Aku cuba +VE thinking mungkin paras HCG aku masih rendah kot tu upt tak dapat detected.Sampaila delay hari ke 9.dan kekecewaan bermula.....

 Pagi tu aku period !!!!! ape aku nak bgtau hubby.Dah nak dekat 2 minggu period baru nak datang alahaii "cik P " oiii kenapalah bagi harapan pelesu kat aku dengan hubby sob.sob patah hatiku merajuk sendiri.Pastu aku kira cycle aku kali tu menjadi 44 hari adoiii..dah mmg cycle panjang g tambah lagi panjang.oh tidakkk!!

  October ni cukup 7bulan aku kahwin but still belum berjaya TTC adakah "jarakjauh" penyebabnyee.Tolong! aku dah cube +ve thinking tahap tinggi dah ni.Dan bulan ni aku tengah tunggu " Cik P " datang.Tak nak agak bila die datang sebab cycle lari jadi 44hari so next cycle ni aku tak bila dia nak muncul nak jangka waktu " O "  pun aku taktau.Aku buat rilek je la tapi dengan penuh kekecewaan.Dan dalam masa tu jugak aku tak buka forum ratuhati seperti biasa. Nanti dah terubat sikit baru aku mula explore forum tu as usual.

Kehadapan CIK PERIOD tolongla hadir secepat mungkin dan janganlah main-main delay lagi.Hadirlah seperti biasa dan dalam cycle yang normal.

Kehadapan CIK EGGWHITE tolonglah hadir untuk bagi petanda kepada daku yang menanti CIK OVULATION supaya mudah daku TTC.



Hi, Baby happynye awak

Nota Jemari : " Ya, Allah Ya, Tuhanku ampunkan segala dosa-dosaku dan juga suamiku.Dan kurniakanlah kami keberkatan dalam kehidupan dan juga PERMUDAHKANLAH kami mendapat ZURIAT yang sempurna.padaMU kami berserah.Amin~ "

"Moves Like Jagger"

Oh, yeah
Oh

[Verse 1:]
Just shoot for the stars
If it feels right
And aim for my heart
If you feel like
And take me away and make it OK
I swear I'll behave

You wanted control
So we waited
I put on a show
Now I'm naked
You say I'm a kid
My ego is big
I don't give a shit
And it goes like this

[Chorus:]
Take me by the tongue
And I'll know you
Kiss me 'til you're drunk
And I'll show you

All the moves like Jagger
I've got the moves like Jagger
I've got the moves like Jagger

I don't need to try to control you
Look into my eyes and I'll own you

With the moves like Jagger
I've got the moves like Jagger
I've got the moves like Jagger

[Verse 2:]
Baby it's hard
When you feel like you're broken and scarred
Nothing feels right
But when you're with me
I make you believe
That I've got the key

(Oh!) So get in the car
We can ride it
Wherever you want
Get inside it
And you want to steer
But I'm shifting gears
I'll take it from here
And it goes like this

[Chorus:]
Take me by the tongue
And I'll know you
Kiss me 'til you're drunk
And I'll show you

All the moves like Jagger
I've got the moves like Jagger
I've got the moves like Jagger

I don't need to try to control you
Look into my eyes and I'll own you

With the moves like Jagger
I've got the moves like Jagger (Yeah)
I've got the moves like Jagger

[Bridge:]
You want to know how to make me smile
Take control, own me just for the night
But if I share my secret
You're gonna have to keep it
Nobody else can see this

So watch and learn
I won't show you twice
Head to toe, oh baby, rub me right
But if I share my secret
You're gonna have to keep it
Nobody else can see this

And it goes like this

[Chorus:]
Take me by the tongue (Take me by the tongue)
And I'll know you
Kiss me 'til you're drunk
And I'll show you

All the moves like Jagger
I've got the moves like Jagger
I've got the moves like Jagger

I don't need to try to control you
Look into my eyes and I'll own you

With the moves like Jagger
I've got the moves like Jagger
I've got the moves like Jagger

Monday, July 25, 2011

Hobi Baru.

 Alat ni ler yang aku nak beli.

Hobi baru aku mulai esok sukat suhu tiap-tiap hari.

Sejak aku register forum RATU HATI tergerak hati aku nak try buat BBT (Body Basal Thermometer) means kena sukat suhu tiap-tiap pagi then catatkan dalam table BBT (macam  buat graf masa kat sekolah tuh).

Fungsi alat BBT ni adalah untuk kita mendapatkan waktu bila badan kita ni sedang ber"Ovulasi" dalam erti lain waktu subur.Banyak yang cakap buat BBT ni leceh.Yelah, kadang-kadang terlupa nak ambil suhu mestila berlubang carta ko so, tak dapat waktu yang tepat.

Memandangkan aku ada masalah period tak regular so aku nak try cara ni.aku decide kalo tak dapat conceive dalam masa setahun atau 8bulan aku nekad nak jumpa gynae.aku dah bosan dengan soalan cepumas dari orang-orang sekeliling.

Yeah! lepas ni aku cuba cara baru pulak.dah malas asyik perasan mengandung pastu check -ve dahla UPT tu mahal der!Tapi kadang-kadang macam addict plak men UPT ni sumpah tak tipu sampai dalam forum ada topik "Addict guna UPT" tak sangka aku pun tejebak sekali.Paling tak best bila check -ve kahkah.(psst, aku beli UPT diam-diam je tak bgtau hubby kang macam bagi harapan palsu pulak kan).

Hari ni gaji dah masuk.
So, Lepas office ni aku nak pergi MIDVALLEY beli barang-barang keperluan harian aku bukan shopping ok! pastu aku nak ke WATSON nak cari BBT.
Pasni bolehlah aku update suhu aku dalam website ni fertilityfriend.com.
Setakat ni aku hanya rekod waktu period jer.

Google Image

Nota Jemari : Hope aku tak missed rekod BBT !!

Sunday, July 17, 2011

Pagi yang buat aku jadi BIOL!

Hahaha...

Sejak aku start balik KL pagi isnin ni macam-macam hal jadi.Adoiii !

Sebelum Kejadian MOCHA ada lagi kejadian biol yang terjadi kat aku hahaha.Tapi masa tu memang aku biol sebab memang salah aku hehe.

BIOL 1

Time : 5 am  (gerak pergi KTM Ipoh)
Masa dalam kereta aku dah check tiket train.
Sampai KTM check lagi sekali no tiket bla.bla.bla....
Masa nak masuk letak beg (ada masa lagi 15minit) check lagi.

aku : (tengok tiket coach D, seat 7A)
aku : "eh! asal mamat ni dok tempat aku ni.dah tu siap tido nyenyak lagi!" (bengang)
aku : " excuse me (sambil guna hujung jari kejut mamat tu) 7D is my seat."
mamat : "Oh! sorry2! (mamai baru bangun tido.cepat angkat barang dan duduk kt seat sebelah)
aku : "thanks!" (cepat-cepat letak beg then kuar pergi duduk kat luar dengan hubby)

Tiba-tiba ada sorang mamat datang plak.Seat yang mamat yang duduk tempat aku tu rupanya seat mamat yang baru datang.

aku : "alamak! seat aku 7A yang aku BIOL ingatkan seat aku 7D adoiiii!! (cepat-cepat lari angkat beg letak kat tempat yang betol..MALUUUUU wehhhh!!

dahla aku selamba pergi kejut mamat tu tengah nyenyak tido.adooiiiyaii!!!
aku serba salah.

Kalo aku jadi dia memang bengangla kan.Kebetulan dia pun tengah mamai so tak jadi nak bengang kat aku hahahaha.

Biol aku yang paling TESERLAH!

BIOL 2

Time : 5 am KTM Ipoh (pagi tadi)
Sejak kejadian kat atas aku dah mula ALERT!!
Sampai je KTM tiket sentiasa kt depan mata sebab aku tak nak malu kali ke 2 hehe!

OK, tiket aku 6D.aku dah check berkali-kali sampai depan seat tu.
Tapi..... ada amoi dah duduk!

aku : "excuse me.this is my seat.7D! (sambil tengok kat 4,5 juta kali)
amoi : " er! ok! (terus dok seat sebelah)
aku letak beg trus kuar.
masuk balik tunggu train jalan.
lambai-lambai tangan kt hubby. (wajib)
tiba-tiba..

amoi : "excuse me! boleh saya tengok tiket awak?"
aku : " boleh-bleh" sambil hulur tiket kat amoi tu.
amoi : "OMG ! tiket you dengan i samelahh..
aku :  " hah! macam ne leh same ni.adoiiii!! " (baru nak tidur lam train.semalam tido lewat tengok IRON MAN 2  kat Astro)

aku dengan amoi tu terpingga-pingga pagi-pagi buta.Aku rasa perkara macam ni tak patut jadi.ETS punya sistem ticket macam mane ntah.bodoh tol!

aku : " xpe nanti kita bagitau kat tukang tiket!!" (baik amoi ni cool je tak marah plak aku duduk seat tu padahal die sampai dulu"

Sampai Batu Gajah seat yang amoi tu duduk owner die dah datang.
1 masalah lagi.dahla dengan kepala biol tido tak cukup! hangin tol aku!amoi tu pun confirm tensen gak!

aku bangun terus ajak amoi tu cari tukang tiket yang tak muncul-muncul lagi.Biar adik 2-2 orang berdiri walaupun aku dah duduk kat seat tu.

Masa kitorang tengah tunggu tukang tiket datang.sempat lagi aku menjelesi orang dah telentok tido.siall tol pagi ni!!

tiba-tiba kitorang tengok ada sorang uncle and sorang mamat ni pun tiket duplicate jgk.Ngok tol orang jual tiket ni!!

aku : "tengok tu tiket dorang pun duplicate jgk la tu"
amoi : " ye lor"

kebetulan tukang tiket on the way kt tempat kitorang.
Trus aku tahan macam gangster pastu membebel pasal tiket bla.bla.bla..
amoi tu tengok aku dengan perasaan kagum...kahkah!

tukang tiket tu g check seat kosong nasib ade.kebetulan plak dia pegang tiket amoi tu so amoi tu la yang kena pergi.

Legaaa...

aku : " Ok , Take care"
amoi : " you too "

balik tempat cepat-cepat.amek shawl tutup kepala.pastuu....

~zz ZZZZ zzz~

alarm set 7.30 am.Ringtone I DO - Colbie Caillat.
sampai sudah KL.

Google-image
Nota Jemari : harini aku tak mengantuk pulak kat office.tapi tak de mood nak buat keje.Boss pun cuti ngeh.ngeh.ngeh  leh balik awal.yahooo!

Wednesday, July 13, 2011

Kerana Mocha Baju Binasa

Sakit hati.
Hati membara.
Panas hati.

Tempat kejadian : Ipoh KTM Station
Masa : 5.15 a.m

Hahaha..sakit hati aku.! itu je mampu aku cakap sambil hentak-hentak kaki.nak tengking orang ramai.So aku cube jadi professional..Fyi, starting this month aku balik ke KL pada pagi Isnin then naik ETS Gold kul 5.30 pagi.Bermakna aku perlu bangun seawal 4.15pagi untuk urusan mandi dan bersiap.Jarak rumah aku mengambil masa 15minit jugak nak sampai ke KTM station tu pun kalau dengan transport la.Letih weyh! tiap-tiap minggu ulangn alik KL-IPOH-KL sampai tulang bontot aku dapat effect sakit ya amat!.

Berbaok pada tajuk asal. sebelum aku nak bangun tidur tu laki aku sibuk cakap tak payah pergi kerja la ambik MC.Tapi aku kuat semangat aku bangun juga sebab aku dah malas nak ambik MC sebab aku takde reason ape aku nak bagi doc tambah pula annual leave tinggal seciput.cuba kalau cuti banyak lagi  tak payah tunggu hubby  cakap  aku awal-awal dah cakap dulu.

Dalam 5.00 pagi aku gerak ke KTM..masa masih ada 15 minit lagi.sampai je hubby beli air kat vending machine.AIR MOCHA  diulangi MOCHA !!

Lepas tu aku terus ambil beg kat tangan die terus masuk dalam train then letak elok-elok kat seat 6A Window.Pastu kitorang lepak duduk kt luar train.Hubby aku masih dengan MOCHA beliau.

Kejadian yang tak diingini bermula disini..Aku rasa baru je duduk then renung-renung orang yang baru sampai pastu tenguk jam Ohh! ada lagi 7 minit pastu aku baru je aku nak toleh kat hubby tiba-tibaa...................

MOCHA yang patutnya enak di minum dimulut TERTUMPAH  kat baju aku!! Malang weyh Malang !! blaus aku plak COLOUR PUTIH masa.Hubby aku muka dah cuak mulut tak sudah-sudah cakap SORRY ABANG TAK SENGAJA!! banyak-banyak kali.tapi aku tak ambil port dah masa tu.yang terkeluar kat mulut aku masa tu.

Aku : " Camne ni? lagi 4minit train nak jalan dah"
Hubby : "Cepat g tukar baju dengan suar"
Aku : " Mana nak cari baju SPARE manada bawak!! (bengang!)
Hubby : "Cepat g Toilet cuci!"
Aku : "Nak cuci APE!!! baju putih! #$%^@!!!
Aku : "takkan nak naik TRAIN 2 jam dengan baju tertumpah mocha!bau mocha! gila!gila! (masih under   control )
Hubby : "abang mintak maaf..nanti abang ganti baju baru ok!
Aku : "dahla cakap pun tak guna.tak nak g keja!!xpasal burn ticket RM35!! (ETS mmg babi mahal)
Hubby : "xpe nanti abang beli ticket baru.dah jom balik.nanti baju abang cuci mesti elok balik. (muka bersinar-sinar sebab aku tak jadi balik KL)
Aku : " @#$%&! ok! "  (susah hati cuti kurang lagi 1 hari)

Sejak kejadian ni aku dah HARAMkan hubby  aku minum kalau nak hantar aku ke KTM Station.Dahla dengaan tidur tak cukup ditambah pulak kejadian aneh ni.

Sampai je rumah terus aku tanggal baju then hubby  aku terus cuci baju aku..Nasib air MOCHA tu hilang so aku tak dapatla baju baru hahaha!!

Apa-apa pun aku pelik sebab aku tak naik gila.selaluny a aku mesti dah maki hamun.Tapi kali ni aku cool.-tak marah - boleh cakap elok-elok .Tak sangka aku boleh control amarah aku.So tak jadi la pergaduhan dengan hubby  aku macam sebelum kahwin. Dulu...aku suka mengamuk!Naik angin! sekarang dah slow!

To my Hubby : thanks sebab cepat-cepat cuci blaus Padini kesayangan aku.paastu Tolong iron pulak.
Bahagianya kalau hari-hari laki aku layan macam ni hahaha!

Nota Jemari : Selasa 5.30 pagi : aku selamat sampai KL tanpa setitik pun air tertmpah pada pakaian aku! kahkah!!

Thursday, July 7, 2011

Angelina Jolie


Hahaha......
first aku tenung biebier ikan ni ntah kenapa aku terbayang ANGELINA JOLIE.
Sumpah weh cube korang tengok dekat-dekat memang tebal biebier ikan ni hahaha!

  Lokasi : Restorent ZK Kampung Attap
  Menu :  Kari Kepala Ikan (no santan)
                Ayam Goreng cicah madu (sedap weh)
                Bawang Potong + Cilipadi + Kicap (sedap makan dengan kari)
                Sayur Kobis


Sexy tak biebier i ?sekali comolot mesti lebam.
Angelina Jolie betul2 depan muka aku masa ni.

Angelina Jolie jadi Pirate of Carribeans.


Nota Jemari : Nanti nak ajak en.hubby g jumpe Angelina Jolie jugak okek!

Wednesday, July 6, 2011

TRANSFER FORM

Aku terpaksa berkorban.

Tak faham aku orang perempuan kalau dah sah jadi milik si lelaki mesti akan akur menurut bontot si lelaki.Sesungguhnya inilah lumrah hidup sebagai isteri.

Aku ambil masa yang lama juga nak mintak borang transfer ni haha.kadang-kadang rasa berkobar-kobar nak pindah.kadang-kadang rasa sayang sangat nak blah dari office aku.Kerja kt HQ environment die lain.Paling penting pangkat senang nak naik sebab staff direct dengan boss besar so Boss kenal senangla dia nak evaluate kan.

Kalau kat STATE aku tak tau nak cakap pe.sebab aku belum ada pengalaman kerja kat state.Dari interview sampai ke report duty aku dah ditakdirkan kt HQ.Masa itu aku dah IMPIKAN kehidupan bahagia kat kota K-Hell ni.

Tapi malangnya dapat hubby yang tak tahan dengan crowded! kalau dia datang K-Hell kepala otak die jadi gila.nak bandingkan dengan aku lagi tempat tu ada banyak facilities , shopping complex yang best-best lagilah aku tergedik-gedik! (benci-benci kena paksa pindah).

Officemate aku penah cakap."ko sekarang bolehla cakap tak kisah dok jauh-jauh.nanti bila dah keluar sorang masa tu ko mesti berkorban jugak" hahaha! Aku setuju sebab sekarang ni memang aku tengah belagak lagi sebab mampu tanggung tambang ETS everyweek tapi kalo dah ada anak nanti hahh! putih biji mata aku.aku dah fikir kedepan dah semua kemungkinan ni.

So,selepas aku dah peram form tu macam belacan atlast aku decide bagitau AGM aku yang aku nak transfer.Terkujat aku die bagi response +tive tapi hati aku ni yang berat pindah.aku ni spesis susah nak sesuaikan diri dengan sesuatu tempat.

Lepas tengok response boss aku pun terus jumpa GM aku untuk ambil sign dia.TAPI dia nak pengganti untuk tempat aku.hadoihh! maknanya selagi takde pengganti aku takleh transfer la kan?Xpe yang penting aku dah selamat hantar borang tu ke HR.Pastu nak suruh hubby aku kira berapa helai bulu ketiak die dah tumbuh sementara aku dapat transfer ntah-ntah bertahun-tahun,hahahha

Nota Jemari: aku nekad nak pindahhhhhh!!!!

4 Bulan Sudaa!

Hmmmmm....
Bila aku nak merasa jadi macam gambar ni? Sejak dah kawen Perasaan nak ada Baby menjadi-jadi galaknya! Bukan hubby je tegedik-gedik nak baby huhu..Aku tau hubby aku tu suka sangat dengan budak-budak tapi nak buat camne REZEKI belom ade.

Part paling tak boleh blah bila MIL aku tu sibuk tanya bila?bila? macamla aku ada jawapan.Pastu cerita pula yang si anu tu dah muntah-muntahla apela.Eh!lantakla kat dia.Kang aku cakap soh die ngandung lagi sekali kang jadi menantu derhaka plak haiihh!! macam-macam.

So, sekarang aku macam malas nak balik kampung hubby aku.bukan sebab ape sebab aku RIMAS dengan soalan-soalan yang sama.Aku ni boleh didefinasikan as PART TIME wife.weekend je jumpa so faham-faham je la.Weekend ni hubby ajak balik kampung.entahlaa...huhu!

Nota Jemari : Aku tak anggap kawen PJJ ni yang sebabkab lamabat dapat anak mungkin rezeki tu lambat sikitt.

Monday, April 18, 2011

anak kucing kau kenapa?

 Canggung

Anak kucing kalau dari kecil dah dipisahkan dengan mak kucing dan diambil bela sampai sihat , cergas , semua terjaga.Di samping melalui hari-hari yang bahagia dalam hidup dia sebagai anak kucing yang manja dan disayang-sayang (berpuluh-puluh tahun lamannya)

 
  anak kucing dan teddy bear

Tiba-tiba..

Mak kucing interframe.

Mak kucing : "kenapa anak kucing  macam tidak suka aku".
Masyarakat kucing: "bertuah punya anak kau tu mak kucing oiii"
Mak kucing : "Dia tu anak aku kenapa dia buat macam tu?"
Masyarakat kucing : "dasar anak tak sedar diri buat penat kau beranak je"
Mak kucing : menangis-menangis
Masyarakat kucing : terharu.

                                     watak antagonis - macam ini

Situasi


Masyarakat kucing menunding jari kearah anak kucing sambil berkata:
A : "tergamak kau buat macam ni"
B  : " menangis-nangis mak kau depan aku

Anak kucing biarlah apa masyarakat nak mengata nak mengutuk kau. (tanggapan masyarakat melulu yang normal macam drama hindi "dengar sebelah pihak").

Situasi

Salah ke kalau anak kucing tu tiba-tiba tak kenal mak dia?rasa awkward dengan mak dia?so mak kucing pulak push-push dan berdrama air mata depan orang.lagi super dupper awkward anak kucing tu.So,biar benda tu datang naturally.Kononnya blood ties kan tak boleh cut into the pieces.


Nota Jemari : aku nak jadi breeder. kau mampu?

Thursday, April 14, 2011

Aku tak lupa vol 1

K.U.C.I.N.G aka C.A.T

Disini aku nak bercerita perasaan aku pada makhluk Tuhan yang paling comel ini.

Bermula dari waktu aku bersekolah rendah aku dah didekatkan dengan makhluk comel ini.Ciko dan Mancho adalah makhlok yang mula-mula sekali mengajar aku erti rasa bertanggungjawab , kasih sayang dan interaksi antara aku dan mereka.Ok! honestly,aku tak berapa bertanggungjawb sangat sebab kadang-kadang aku "malas" juga nak gaul ikan dgn nasi last-last kucing aku tepaksa mintak kat mak aku.

Ciko ni bentuk badanya agak panjang macam "Pink Panther" bulu berbelang dan bewarna coklat gelap.Si Mancho pula ada masalah obesiti dan berwarna kelabu.waktu ini aku masih belum pandai berinteraksi dengan mereka.Yang pasti setiap kali dapat susu UHT percuma disekolah aku akan simpan dan balik minum bersama-sama dengan mereka sesungguhnya mereka kesanyangan aku.

Seingat aku masa berumur 11 tahun keluarga kami akan berpindah ketempat baru.Ya! mereka juga turut serta.masih aku ingat aku dukung kedua-duanya sambil menaiki van.sesampainya dirumah baru aku kurung mereka kedalam toilet untuk memulakan proses pembelajaran.Alhamdullillah,makhluk Tuhan paling comel cepat sesuaikan diri dan cepat belajar.Si Mancho cara membuang najis dia seperti ini " 3 kaki di atas dan 1 kaki didalam mangkuk tandas dan selepas itu pelaburan bermula.Si Ciko biase je tetapkan target pada lubang hujung saluran di bilik dan melepas.

Waktu itu aku memulakan kehidupan ditempat baru dengan bahagia disamping kucing dan keluarga.

2007. aku memasuki alam sekolah menengah.Ciko dan Macho pun umur juga meningkat.dDipendekkan cerita, waktu pagi yang dingin Ciko terbaring diatas sofa dengan seluruh badan berlendir.Sumpah mengeletar 1 badan takut-takut dia mati.

aku sedih.

aku capai tuala dan bersihkan badan Ciko.Dia merenung aku.

aku syahdu.

Ciko macam nak cakap "Terima Kasih".

aku faham.

Sejak hari tu aku sentiasa perhatikan gerak-geri Ciko sebab Ciko jadi lumpuh.Waktu tu aku langsung tidak pernah terfikir akan kewujudan Veterinar.masa itu aku tak pandai nak "Google".masa itu rumah aku tak de komputer inikan pula internet.

aku buta IT.

Aku selalu bahasakan diri aku "Kakak".Waktu rehat disekolah aku akan cepat-cepat ke pondok telefon dan mak aku akan bagitau perkembangan Ciko.Mancho pun aku rasa dia sedih.Tiap-tiap hari aku talefon dan kadang-kadang aku tak jamah langsung makanan sebab aku serabut fikir pasal Ciko.

Dan, selepas itu Ciko hidup tak lama.

Dia pergi juga.

aku patah hati.

Mancho ada temankan aku.dan pagi itu kami tanam Ciko dibelakang rumah.Dengan harapan Ciko datang dalam mimpi aku.

 2009.Mak aku jadi tetamu kesayangan Tuhan.Tuhan jemput dia awal.tak sempat aku nak bermanja.

aku hilang arah.

Masa mak aku sakit,aku buat perkara yang sama.Tiap kali waktu rehat aku talefon tanya perkembangan mak aku sampai akhir hayat mak aku.Sebelum mak aku meninggal mak aku dengan nafas yang lemah pesan " ang belajaq rajin-rajin "Aku masa tu sedih sangat tapi nasib aku ada sumber kekuatan "Wan" dgn "Mancho".

Masa tu jadual hidup berubah sikit.Dulu balik sekolah mak masakan.Sekarang wan aku tapau kedai kadang-kadang wan aku masak.Kami bertiga tetap teruskan hidup.

Dan tak lama kemudian Mancho pun tinggalkan aku.Dia jatuh sakit badan jadi lemah.aku angkat dan letakkan dalam kotak pastu selimutkan Mancho.Makan dan minum pun mancho tak mampu.aku cari straw suapkan dia.masa tu aku tak tau mana nak cari botol susu untuk kucing.Aku tiap-tiap malam tidur lewat temankan Mancho sambil airmata bercucuran."Kenapa hidup aku tak ADIL".Dan pada suatu malam Mancho pergi juga.Aku tak menangis masa bagitau yang Mancho dah mati.Kami tanam Mancho dekat dengan Ciko.

Aku keras hati.tapi bila sunyi aku menangis.

(Google Image)
nota jemari : kadang-kadang kasih sayang makhuk Tuhan yang satu ni lebih mulia dari manusia.kau RASA?

Tuesday, April 12, 2011

Sunday, April 10, 2011

Aktiviti Hujung Minggu

 Sabtu lepas kami ke Teluk Batik tanpa hala tuju.

Ipoh sudah memberi pemandangan yang bosan kepada kami sejak akhir-akhir ini.Aktiviti wajib hujung minggu aku sebelum ini hanyalah di Gerbang Malam sambil menikmati jualan-jualan yang dah boleh ku hafal dan tak lupa juga kami akan singgah makan di restoran makanan yang sama iaitu Restoran Kak Ani atau Restoran Afnan.Satu lagi tempat popular kami adalah TESCO.Dahulu masa zaman naik motor boleh dikatakan tu tempat wajib di tuju walaupun  barang itu boleh dibeli di kedai berdekatan.

Sekarang, pantang start enjin kereta maka bermula sesi menjelajah kadang ke Taiping dan paling bosan ke Penang.Bercerita tentang Penang ada hajat aku yang belum tercapai.

Pertama : " Pasembur " yang macam aku makan 5  tahun lepas.Tapi pasembur tu diKedah.Masih wujud lagi ke?nanti aku pergi cari kau wahai Pasembur"

Kedua : "Bukit Bendera" kali terakhir pergi selepas majlis bersanding di Ipoh.Namun hampa  kerana Bukit Bendera sedang dibaik pulih.Dengan kata semangat pakcik guard disitu "Sila datang lagi minggu depan" wtf! masa aku tegak berdiri dan penat mencari parking hampir 15-30 minit baru die bagitau.

    Oh! nak melayan kehendak yang memang tanpa batasan sampai bila pun takkan habis.

 Ingatkan waktu "tengah-tengah bulan" tak ramai orang.Tapi ramai gila di hujung sana.

Ombak agak bervolume besar (teringat Japan tiba-tiba).
Senja makin hampir.

Waktu untuk pulang.

Nota Jemari : Pasang niat nak cuba Banana Boat tapi tak nak jatuh.


Thursday, April 7, 2011

Hey, don't forget to WISH

7 APRIL 2011
Today is my BIRTHDAY




Tuesday, April 5, 2011

Genap 1 Bulan

5 APRIL 2011

Hahaha, macam kira bulan mengandung pulak yeks.Oh ! baik lupekan aje masih belum ade rejekinya lagi yah.Aduyai, sebenar2nya aku lupa pulak tarikh nikah on "5 MARCH 2011" tarikh keramat jadi bini org (ke aku lupe aku ni bini org)haha kejam sgt kot.

Nota Jemari : Aku merancang nak buat candle light dinner minggu ni.Jadi aku harus masakla kan.nak masak ape tu belum pasti.

Thursday, March 31, 2011

"Red Velvet Cupcakes"

Yummy...
Jap rasa nak nangis jap..nak tahu?aku ni dah lame nak sangat2 try rasa kek Famous ni Red Velvet.ye lah kan, bile aku blogwalking blog resipi kemain glamour kek ni and harga boleh tahan u'ols!

Disebabkan kesasauan aku terhadap kek ni berjuta-juta aku cari resepi yang bermacam versi.tak lupa juga aku tengok skill dorang buat cake ni dalam You Tube.adoyaii, terliurnyee.pastu mula pikir kedai mane ade jual.pastu sape nak bawak aku yang hina ni sob.sobb.aku pun pendamkan niat aku dalam misi mencari kedai jual cupcake sekitar KL ni.Pastu mase g Jusco Ipoh terjumpa plak aku dgn "Cik Red Velvet" yang merah menggoda ni kat Coffee Bean.
Aku : "Abang tu Red Velvet yang orang gile2kan tu.nak2~"
Hubby : " nak ke?jom g beli "
Aku  : (Diam)
Hubby : " Lah,kenape lak?nak tak nak????!
Aku: "err,tak nak laah.lain kali jelaaa"
Hubby : " sudahnyee"
Sorry ye,sebab mase tu aku ragu-ragu.yela manela tau kan kot2 mase buat kek tu die guna wain bukan cuka.jadi niat aku terhenti di situ..Ape-ape pun mekasihla kat akak tu sudi datang menjual "red velvet" kt office hehe.

Nak resipi Red Velvet korang leh tengok sini http://www.joyofbaking.com/RedVelvetCake.html


Nota Jemari : Oven dah ade bila aku nak buat kek ni

Monday, March 28, 2011

Bersediakan Aku......

Oh,tajuk apekah ini.besedia untuk ape ? bersedia untuk berperangkah? ke bersedia untuk shopping bonus masuk bulan depan (lari topik) tehehe..

Oklah, baru lepas seminggu kahwin ni banyak plak orang yang caring dengan aku ni kan kan (sambil tangan ke bahu dan mata ke atas).Yelah, ape lagi soalan cepumas lepas kahwin "bila nak dapat baby?" bila? bila? eh!masalah betol la.

Si Hubby aku yang sorang ni pun makin merepek-repek.24 jam cerita baby pastu pantang sikit ye puan-puan kalo hubby aku ni nampak budak kecik yang lalu lalang masa tu jugak die berangan.Masalah tu masalah.aku tengah fikirkan masalah aku kalo aku ngadung nanti.bersediakah aku :

1) jarak - aku masih lagi stay di KL dan hubby aku plak maintain di Ipoh.Hello aku soh die keje kat KL die tak nak.nampak sangat tunjuk kuasa VETO.Bayangkan perut tengah memboyot dan aku sorang-sorang kat KL die senang-senang kat Ipoh.Alaaa, mesti cakap transfer ajela..amboi senangnye cakap!

2) checkup - bile  dah ngandung mesti la kene checkup tiap-tiap bulan.dahla aku yang ngandung aku pastu aku sorang-sorang g checkup.sob..sob..

3) letih - mesti masa tu aku lah wanita paling "Gigih" dan "Gagah" sebab tiap-tiap minggu balik Ipoh jumpe laki.Point : laki keje shift dan cuti tak same (macam lagu atielia tu)

4) kewangan - dahla baru lepas bangkrup sebab kahwin aritu huhu..(boleh pau sape2 yang berdekatan haha)
   (image Google)
Setakat ini tu je lah masalah aku.jauh dalam hati memang nak anak cepat-cepat.tapi kalo dapat awal anggap tu rezeki.kalo ikot plan aku tahun depan waktu yang strategik untuk menambahkan umat.InsyaAllah.

nota jemari : Danial Fahmy (baby boy) Nur Huwaida Qaisarra (baby girl) lalalala~

Majlis Bersanding


12 March 2011


Alhamdulillah..
Majlis sudah selesai dan berlalu pergi.Yang tinggal adalah rumah yang besepah,perabot yang bekeliaran disana sini,kucing betempiaran lari (nasib bukan kucing aku),pinggan mangkuk yang perlu dicuci.Ishk2~ seronot kan jadi Raja Sehari ni hehe.

Tak pe,normal la kenduri.takkan la nak cakap "Pakcik2 makcik2 dah sudah makan tlg cuci pinggan ye" silap2 pinggan kat atas kepala ko nok!

Ape yang pasti seronok jadi Raja Sehari.sah2 jadi tumpuan orang kampung.aku makan pun dah tak lalu sebab malu jadi tontonan umum.Masa bersanding tu best nah ko kena siram dgn air mawar.eh! xpe wangi tu =p

cume yang tak bape best make up.akak tu make up muke aku jadi garang.laki aku pon pasan.aku suke maknyah yang make up mase aku akad nikah tu.cantikk! bencila tgk album weeding aku.semua muke garang!

nota jemari : berjuta terima kasih pada kawan-kawan dan semua yang hadir..

Sunday, March 27, 2011

My Solemnization Day

5 MARCH 2011
Alhamdulillah,

Hubungan bermula dari tahun 2005/2006 berakhir pada tahun 2011.

Perkenalan bermula di "Alam Maya" berbulan-bulan dan kami nekad untuk bertemu buat pertama kalinya di Negeri aku hehe..(ye la tak kan aku yang nak g tempat die).

1st time jumpa sumpah ntah nape aku tak suka langsung.Rambut Panjang + Kurus nak mampus.Tapi lama-lama aku gak yang nak.(dah jodoh).Tapi sekarang cube ko tengok.aku kurus die pulak yang telebih sihat."eh ! xpe.abg biar je gemok2.lege sket rase".

Doakan kami dapat menjalani hidup sebagai suami - isteri dan bahagia hingga ke akhir hayat.cukupla mak bapak aku becerai.last-last anak-anak terpinggir..tu aku tak suke!

"nota jemari : nak jadi Ibu dan Isteri serba boleh."

Saturday, January 29, 2011

Soon to be MRS.

Wooh! macam tak pecaya rasenya.
My weeding will be on 12 March 2011.
and my Solemnization Day will be on 5th March 2011
maknanya aku ade masa lagi sebulan untuk prepare everything.