Chue & Chor Junior

Lilypie Maternity tickers

Chue & Chor Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Monday, July 25, 2011

Hobi Baru.

 Alat ni ler yang aku nak beli.

Hobi baru aku mulai esok sukat suhu tiap-tiap hari.

Sejak aku register forum RATU HATI tergerak hati aku nak try buat BBT (Body Basal Thermometer) means kena sukat suhu tiap-tiap pagi then catatkan dalam table BBT (macam  buat graf masa kat sekolah tuh).

Fungsi alat BBT ni adalah untuk kita mendapatkan waktu bila badan kita ni sedang ber"Ovulasi" dalam erti lain waktu subur.Banyak yang cakap buat BBT ni leceh.Yelah, kadang-kadang terlupa nak ambil suhu mestila berlubang carta ko so, tak dapat waktu yang tepat.

Memandangkan aku ada masalah period tak regular so aku nak try cara ni.aku decide kalo tak dapat conceive dalam masa setahun atau 8bulan aku nekad nak jumpa gynae.aku dah bosan dengan soalan cepumas dari orang-orang sekeliling.

Yeah! lepas ni aku cuba cara baru pulak.dah malas asyik perasan mengandung pastu check -ve dahla UPT tu mahal der!Tapi kadang-kadang macam addict plak men UPT ni sumpah tak tipu sampai dalam forum ada topik "Addict guna UPT" tak sangka aku pun tejebak sekali.Paling tak best bila check -ve kahkah.(psst, aku beli UPT diam-diam je tak bgtau hubby kang macam bagi harapan palsu pulak kan).

Hari ni gaji dah masuk.
So, Lepas office ni aku nak pergi MIDVALLEY beli barang-barang keperluan harian aku bukan shopping ok! pastu aku nak ke WATSON nak cari BBT.
Pasni bolehlah aku update suhu aku dalam website ni fertilityfriend.com.
Setakat ni aku hanya rekod waktu period jer.

Google Image

Nota Jemari : Hope aku tak missed rekod BBT !!

Sunday, July 17, 2011

Pagi yang buat aku jadi BIOL!

Hahaha...

Sejak aku start balik KL pagi isnin ni macam-macam hal jadi.Adoiii !

Sebelum Kejadian MOCHA ada lagi kejadian biol yang terjadi kat aku hahaha.Tapi masa tu memang aku biol sebab memang salah aku hehe.

BIOL 1

Time : 5 am  (gerak pergi KTM Ipoh)
Masa dalam kereta aku dah check tiket train.
Sampai KTM check lagi sekali no tiket bla.bla.bla....
Masa nak masuk letak beg (ada masa lagi 15minit) check lagi.

aku : (tengok tiket coach D, seat 7A)
aku : "eh! asal mamat ni dok tempat aku ni.dah tu siap tido nyenyak lagi!" (bengang)
aku : " excuse me (sambil guna hujung jari kejut mamat tu) 7D is my seat."
mamat : "Oh! sorry2! (mamai baru bangun tido.cepat angkat barang dan duduk kt seat sebelah)
aku : "thanks!" (cepat-cepat letak beg then kuar pergi duduk kat luar dengan hubby)

Tiba-tiba ada sorang mamat datang plak.Seat yang mamat yang duduk tempat aku tu rupanya seat mamat yang baru datang.

aku : "alamak! seat aku 7A yang aku BIOL ingatkan seat aku 7D adoiiii!! (cepat-cepat lari angkat beg letak kat tempat yang betol..MALUUUUU wehhhh!!

dahla aku selamba pergi kejut mamat tu tengah nyenyak tido.adooiiiyaii!!!
aku serba salah.

Kalo aku jadi dia memang bengangla kan.Kebetulan dia pun tengah mamai so tak jadi nak bengang kat aku hahahaha.

Biol aku yang paling TESERLAH!

BIOL 2

Time : 5 am KTM Ipoh (pagi tadi)
Sejak kejadian kat atas aku dah mula ALERT!!
Sampai je KTM tiket sentiasa kt depan mata sebab aku tak nak malu kali ke 2 hehe!

OK, tiket aku 6D.aku dah check berkali-kali sampai depan seat tu.
Tapi..... ada amoi dah duduk!

aku : "excuse me.this is my seat.7D! (sambil tengok kat 4,5 juta kali)
amoi : " er! ok! (terus dok seat sebelah)
aku letak beg trus kuar.
masuk balik tunggu train jalan.
lambai-lambai tangan kt hubby. (wajib)
tiba-tiba..

amoi : "excuse me! boleh saya tengok tiket awak?"
aku : " boleh-bleh" sambil hulur tiket kat amoi tu.
amoi : "OMG ! tiket you dengan i samelahh..
aku :  " hah! macam ne leh same ni.adoiiii!! " (baru nak tidur lam train.semalam tido lewat tengok IRON MAN 2  kat Astro)

aku dengan amoi tu terpingga-pingga pagi-pagi buta.Aku rasa perkara macam ni tak patut jadi.ETS punya sistem ticket macam mane ntah.bodoh tol!

aku : " xpe nanti kita bagitau kat tukang tiket!!" (baik amoi ni cool je tak marah plak aku duduk seat tu padahal die sampai dulu"

Sampai Batu Gajah seat yang amoi tu duduk owner die dah datang.
1 masalah lagi.dahla dengan kepala biol tido tak cukup! hangin tol aku!amoi tu pun confirm tensen gak!

aku bangun terus ajak amoi tu cari tukang tiket yang tak muncul-muncul lagi.Biar adik 2-2 orang berdiri walaupun aku dah duduk kat seat tu.

Masa kitorang tengah tunggu tukang tiket datang.sempat lagi aku menjelesi orang dah telentok tido.siall tol pagi ni!!

tiba-tiba kitorang tengok ada sorang uncle and sorang mamat ni pun tiket duplicate jgk.Ngok tol orang jual tiket ni!!

aku : "tengok tu tiket dorang pun duplicate jgk la tu"
amoi : " ye lor"

kebetulan tukang tiket on the way kt tempat kitorang.
Trus aku tahan macam gangster pastu membebel pasal tiket bla.bla.bla..
amoi tu tengok aku dengan perasaan kagum...kahkah!

tukang tiket tu g check seat kosong nasib ade.kebetulan plak dia pegang tiket amoi tu so amoi tu la yang kena pergi.

Legaaa...

aku : " Ok , Take care"
amoi : " you too "

balik tempat cepat-cepat.amek shawl tutup kepala.pastuu....

~zz ZZZZ zzz~

alarm set 7.30 am.Ringtone I DO - Colbie Caillat.
sampai sudah KL.

Google-image
Nota Jemari : harini aku tak mengantuk pulak kat office.tapi tak de mood nak buat keje.Boss pun cuti ngeh.ngeh.ngeh  leh balik awal.yahooo!

Wednesday, July 13, 2011

Kerana Mocha Baju Binasa

Sakit hati.
Hati membara.
Panas hati.

Tempat kejadian : Ipoh KTM Station
Masa : 5.15 a.m

Hahaha..sakit hati aku.! itu je mampu aku cakap sambil hentak-hentak kaki.nak tengking orang ramai.So aku cube jadi professional..Fyi, starting this month aku balik ke KL pada pagi Isnin then naik ETS Gold kul 5.30 pagi.Bermakna aku perlu bangun seawal 4.15pagi untuk urusan mandi dan bersiap.Jarak rumah aku mengambil masa 15minit jugak nak sampai ke KTM station tu pun kalau dengan transport la.Letih weyh! tiap-tiap minggu ulangn alik KL-IPOH-KL sampai tulang bontot aku dapat effect sakit ya amat!.

Berbaok pada tajuk asal. sebelum aku nak bangun tidur tu laki aku sibuk cakap tak payah pergi kerja la ambik MC.Tapi aku kuat semangat aku bangun juga sebab aku dah malas nak ambik MC sebab aku takde reason ape aku nak bagi doc tambah pula annual leave tinggal seciput.cuba kalau cuti banyak lagi  tak payah tunggu hubby  cakap  aku awal-awal dah cakap dulu.

Dalam 5.00 pagi aku gerak ke KTM..masa masih ada 15 minit lagi.sampai je hubby beli air kat vending machine.AIR MOCHA  diulangi MOCHA !!

Lepas tu aku terus ambil beg kat tangan die terus masuk dalam train then letak elok-elok kat seat 6A Window.Pastu kitorang lepak duduk kt luar train.Hubby aku masih dengan MOCHA beliau.

Kejadian yang tak diingini bermula disini..Aku rasa baru je duduk then renung-renung orang yang baru sampai pastu tenguk jam Ohh! ada lagi 7 minit pastu aku baru je aku nak toleh kat hubby tiba-tibaa...................

MOCHA yang patutnya enak di minum dimulut TERTUMPAH  kat baju aku!! Malang weyh Malang !! blaus aku plak COLOUR PUTIH masa.Hubby aku muka dah cuak mulut tak sudah-sudah cakap SORRY ABANG TAK SENGAJA!! banyak-banyak kali.tapi aku tak ambil port dah masa tu.yang terkeluar kat mulut aku masa tu.

Aku : " Camne ni? lagi 4minit train nak jalan dah"
Hubby : "Cepat g tukar baju dengan suar"
Aku : " Mana nak cari baju SPARE manada bawak!! (bengang!)
Hubby : "Cepat g Toilet cuci!"
Aku : "Nak cuci APE!!! baju putih! #$%^@!!!
Aku : "takkan nak naik TRAIN 2 jam dengan baju tertumpah mocha!bau mocha! gila!gila! (masih under   control )
Hubby : "abang mintak maaf..nanti abang ganti baju baru ok!
Aku : "dahla cakap pun tak guna.tak nak g keja!!xpasal burn ticket RM35!! (ETS mmg babi mahal)
Hubby : "xpe nanti abang beli ticket baru.dah jom balik.nanti baju abang cuci mesti elok balik. (muka bersinar-sinar sebab aku tak jadi balik KL)
Aku : " @#$%&! ok! "  (susah hati cuti kurang lagi 1 hari)

Sejak kejadian ni aku dah HARAMkan hubby  aku minum kalau nak hantar aku ke KTM Station.Dahla dengaan tidur tak cukup ditambah pulak kejadian aneh ni.

Sampai je rumah terus aku tanggal baju then hubby  aku terus cuci baju aku..Nasib air MOCHA tu hilang so aku tak dapatla baju baru hahaha!!

Apa-apa pun aku pelik sebab aku tak naik gila.selaluny a aku mesti dah maki hamun.Tapi kali ni aku cool.-tak marah - boleh cakap elok-elok .Tak sangka aku boleh control amarah aku.So tak jadi la pergaduhan dengan hubby  aku macam sebelum kahwin. Dulu...aku suka mengamuk!Naik angin! sekarang dah slow!

To my Hubby : thanks sebab cepat-cepat cuci blaus Padini kesayangan aku.paastu Tolong iron pulak.
Bahagianya kalau hari-hari laki aku layan macam ni hahaha!

Nota Jemari : Selasa 5.30 pagi : aku selamat sampai KL tanpa setitik pun air tertmpah pada pakaian aku! kahkah!!

Thursday, July 7, 2011

Angelina Jolie


Hahaha......
first aku tenung biebier ikan ni ntah kenapa aku terbayang ANGELINA JOLIE.
Sumpah weh cube korang tengok dekat-dekat memang tebal biebier ikan ni hahaha!

  Lokasi : Restorent ZK Kampung Attap
  Menu :  Kari Kepala Ikan (no santan)
                Ayam Goreng cicah madu (sedap weh)
                Bawang Potong + Cilipadi + Kicap (sedap makan dengan kari)
                Sayur Kobis


Sexy tak biebier i ?sekali comolot mesti lebam.
Angelina Jolie betul2 depan muka aku masa ni.

Angelina Jolie jadi Pirate of Carribeans.


Nota Jemari : Nanti nak ajak en.hubby g jumpe Angelina Jolie jugak okek!

Wednesday, July 6, 2011

TRANSFER FORM

Aku terpaksa berkorban.

Tak faham aku orang perempuan kalau dah sah jadi milik si lelaki mesti akan akur menurut bontot si lelaki.Sesungguhnya inilah lumrah hidup sebagai isteri.

Aku ambil masa yang lama juga nak mintak borang transfer ni haha.kadang-kadang rasa berkobar-kobar nak pindah.kadang-kadang rasa sayang sangat nak blah dari office aku.Kerja kt HQ environment die lain.Paling penting pangkat senang nak naik sebab staff direct dengan boss besar so Boss kenal senangla dia nak evaluate kan.

Kalau kat STATE aku tak tau nak cakap pe.sebab aku belum ada pengalaman kerja kat state.Dari interview sampai ke report duty aku dah ditakdirkan kt HQ.Masa itu aku dah IMPIKAN kehidupan bahagia kat kota K-Hell ni.

Tapi malangnya dapat hubby yang tak tahan dengan crowded! kalau dia datang K-Hell kepala otak die jadi gila.nak bandingkan dengan aku lagi tempat tu ada banyak facilities , shopping complex yang best-best lagilah aku tergedik-gedik! (benci-benci kena paksa pindah).

Officemate aku penah cakap."ko sekarang bolehla cakap tak kisah dok jauh-jauh.nanti bila dah keluar sorang masa tu ko mesti berkorban jugak" hahaha! Aku setuju sebab sekarang ni memang aku tengah belagak lagi sebab mampu tanggung tambang ETS everyweek tapi kalo dah ada anak nanti hahh! putih biji mata aku.aku dah fikir kedepan dah semua kemungkinan ni.

So,selepas aku dah peram form tu macam belacan atlast aku decide bagitau AGM aku yang aku nak transfer.Terkujat aku die bagi response +tive tapi hati aku ni yang berat pindah.aku ni spesis susah nak sesuaikan diri dengan sesuatu tempat.

Lepas tengok response boss aku pun terus jumpa GM aku untuk ambil sign dia.TAPI dia nak pengganti untuk tempat aku.hadoihh! maknanya selagi takde pengganti aku takleh transfer la kan?Xpe yang penting aku dah selamat hantar borang tu ke HR.Pastu nak suruh hubby aku kira berapa helai bulu ketiak die dah tumbuh sementara aku dapat transfer ntah-ntah bertahun-tahun,hahahha

Nota Jemari: aku nekad nak pindahhhhhh!!!!

4 Bulan Sudaa!

Hmmmmm....
Bila aku nak merasa jadi macam gambar ni? Sejak dah kawen Perasaan nak ada Baby menjadi-jadi galaknya! Bukan hubby je tegedik-gedik nak baby huhu..Aku tau hubby aku tu suka sangat dengan budak-budak tapi nak buat camne REZEKI belom ade.

Part paling tak boleh blah bila MIL aku tu sibuk tanya bila?bila? macamla aku ada jawapan.Pastu cerita pula yang si anu tu dah muntah-muntahla apela.Eh!lantakla kat dia.Kang aku cakap soh die ngandung lagi sekali kang jadi menantu derhaka plak haiihh!! macam-macam.

So, sekarang aku macam malas nak balik kampung hubby aku.bukan sebab ape sebab aku RIMAS dengan soalan-soalan yang sama.Aku ni boleh didefinasikan as PART TIME wife.weekend je jumpa so faham-faham je la.Weekend ni hubby ajak balik kampung.entahlaa...huhu!

Nota Jemari : Aku tak anggap kawen PJJ ni yang sebabkab lamabat dapat anak mungkin rezeki tu lambat sikitt.