Chue & Chor Junior

Lilypie Maternity tickers

Chue & Chor Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, April 10, 2011

Aktiviti Hujung Minggu

 Sabtu lepas kami ke Teluk Batik tanpa hala tuju.

Ipoh sudah memberi pemandangan yang bosan kepada kami sejak akhir-akhir ini.Aktiviti wajib hujung minggu aku sebelum ini hanyalah di Gerbang Malam sambil menikmati jualan-jualan yang dah boleh ku hafal dan tak lupa juga kami akan singgah makan di restoran makanan yang sama iaitu Restoran Kak Ani atau Restoran Afnan.Satu lagi tempat popular kami adalah TESCO.Dahulu masa zaman naik motor boleh dikatakan tu tempat wajib di tuju walaupun  barang itu boleh dibeli di kedai berdekatan.

Sekarang, pantang start enjin kereta maka bermula sesi menjelajah kadang ke Taiping dan paling bosan ke Penang.Bercerita tentang Penang ada hajat aku yang belum tercapai.

Pertama : " Pasembur " yang macam aku makan 5  tahun lepas.Tapi pasembur tu diKedah.Masih wujud lagi ke?nanti aku pergi cari kau wahai Pasembur"

Kedua : "Bukit Bendera" kali terakhir pergi selepas majlis bersanding di Ipoh.Namun hampa  kerana Bukit Bendera sedang dibaik pulih.Dengan kata semangat pakcik guard disitu "Sila datang lagi minggu depan" wtf! masa aku tegak berdiri dan penat mencari parking hampir 15-30 minit baru die bagitau.

    Oh! nak melayan kehendak yang memang tanpa batasan sampai bila pun takkan habis.

 Ingatkan waktu "tengah-tengah bulan" tak ramai orang.Tapi ramai gila di hujung sana.

Ombak agak bervolume besar (teringat Japan tiba-tiba).
Senja makin hampir.

Waktu untuk pulang.

Nota Jemari : Pasang niat nak cuba Banana Boat tapi tak nak jatuh.


No comments: