Chue & Chor Junior

Lilypie Maternity tickers

Chue & Chor Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Monday, July 25, 2011

Hobi Baru.

 Alat ni ler yang aku nak beli.

Hobi baru aku mulai esok sukat suhu tiap-tiap hari.

Sejak aku register forum RATU HATI tergerak hati aku nak try buat BBT (Body Basal Thermometer) means kena sukat suhu tiap-tiap pagi then catatkan dalam table BBT (macam  buat graf masa kat sekolah tuh).

Fungsi alat BBT ni adalah untuk kita mendapatkan waktu bila badan kita ni sedang ber"Ovulasi" dalam erti lain waktu subur.Banyak yang cakap buat BBT ni leceh.Yelah, kadang-kadang terlupa nak ambil suhu mestila berlubang carta ko so, tak dapat waktu yang tepat.

Memandangkan aku ada masalah period tak regular so aku nak try cara ni.aku decide kalo tak dapat conceive dalam masa setahun atau 8bulan aku nekad nak jumpa gynae.aku dah bosan dengan soalan cepumas dari orang-orang sekeliling.

Yeah! lepas ni aku cuba cara baru pulak.dah malas asyik perasan mengandung pastu check -ve dahla UPT tu mahal der!Tapi kadang-kadang macam addict plak men UPT ni sumpah tak tipu sampai dalam forum ada topik "Addict guna UPT" tak sangka aku pun tejebak sekali.Paling tak best bila check -ve kahkah.(psst, aku beli UPT diam-diam je tak bgtau hubby kang macam bagi harapan palsu pulak kan).

Hari ni gaji dah masuk.
So, Lepas office ni aku nak pergi MIDVALLEY beli barang-barang keperluan harian aku bukan shopping ok! pastu aku nak ke WATSON nak cari BBT.
Pasni bolehlah aku update suhu aku dalam website ni fertilityfriend.com.
Setakat ni aku hanya rekod waktu period jer.

Google Image

Nota Jemari : Hope aku tak missed rekod BBT !!

No comments: